Dengan kadar inflasi dan taraf kehidupan yang semakin
meningkat, adalah penting untuk anda meningkatkan simpanan persaraan anda dan
mengelakkan pengurangan yang ketara dalam kuasa pembelian anda pada masa
hadapan. Pertimbangkan melabur malalui Skim Plaburan Ahli KWSP untuk membantu
mencapai matlamat persaraan anda.
Sila baca untuk dapatkan maklumat lanjut bagaimana anda
boleh memaksimumkan dana persaraan anda dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Apakah Skim Pelaburan Ahli KWSP?
Skim Pelaburan Ahli KWSP membenarkan ahli-ahli KWSP untuk
melabur 20% dari baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1
melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian
Kewangan.
Manfaat melabur
melalui Skim Pelaburan Ahli KWSPTidak memerlukan Pelaburan Tunai – Pelaburan diurusniaga
terus daripada akaun 1 KWSP anda.
2 Kepelbagaian – Peluang untuk mempelbagaikan wang
persaraan anda dengan dana-dana unit amanah yang layak KWSP
Pendedahan Kepada Pelaburan Luar Negara –
Melabur ke luar Negara melalui dana domestic yang boleh melabur sehingga 30%
daripada nilai asset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar Negara.
Pertumbuhan Modal – Peluang untuk menikmati
pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk
meningkatkan jumlah nilai simpanan KWSP anda.
Bagaimana melabur?
- Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 20% daripada baki
yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
- Pelaburan minimum sebanyak RM1,000.
- Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan.
- Caj Jualan seunit – sehingga 3% daripada nilai asset bersih
seunit, seperti yang ditetapkan oleh KWSP.
Anda boleh melayari lawam web www.kwsp.gov.my bagi maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli
KWSP.
SIMPANAN ASAS YANG DIPERLUKAN DALAM AKAUN 1
UMUR | SIMPANAN ASAS YG DIPERLUKAN DLM AKAUN 1 (RM) | UMUR | SIMPANAN ASAS YG DIPERLUKAN DLM AKAUN 1 (RM) |
18 | 1,000 | 37 | 34,000 |
19 | 2,000 | 38 | 37,000 |
20 | 3,000 | 39 | 41,000 |
21 | 4,000 | 40 | 44,000 |
22 | 5,000 | 41 | 48,000 |
23 | 7,000 | 42 | 51,000 |
24 | 8,000 | 43 | 55,000 |
25 | 9,000 | 44 | 59,000 |
26 | 11,000 | 45 | 64,000 |
27 | 12,000 | 46 | 68,000 |
28 | 14,000 | 47 | 73,000 |
29 | 16,000 | 48 | 78,000 |
30 | 18,000 | 49 | 84,000 |
31 | 20,000 | 50 | 90,000 |
32 | 22,000 | 51 | 96,000 |
33 | 24,000 | 52 | 102,000 |
34 | 26,000 | 53 | 109,000 |
35 | 29,000 | 54 | 116,000 |
36 | 32,000 | 55 | 120,000 |
Contoh:
En. Chong berumur 35 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang
terkini, jumlah simpanannya dalam Akaun 1 adalah RM80,000. Dengan merujuk
kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang siperlukannya dalam
Akaun 1 ialah RM 29,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum
RM1,000 dan maksimum RM10,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam
dana unit amanah.
Pengiraan: (RM80,000
– RM29,000) X 20%
=
RM10,200
Untuk mengetahuai sama ada anda layak
- - Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk
KWSP; atau
- - Semak Penyata Akaun KWSP anda yang terkini; atau
- - Layari www.kwsp.gov.my
sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun
-
Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan ini, sila hubungi saya di 012-4658097