Get me outta here!

Tuesday, 18 February 2014

Tips: Mencuci wajah Dengan Betul.

Ramai wanita & lelaki yang inginkan wajah yang bersih berseri. Disini ada beberapa tips yang boleh anda gunakan:

1. Cuci Tangan
Ingat selalulah cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa kita sedari, sangat banyak kuman & bakteria yang melekat di tangan kita, dan jika tidak dibersihkan, bakteria dan kotoran terdapat pada tangan akan berpindah pula ke wajah kita. Gunakan sabun dan cuci tangan sebersih-bersihnya.

2. Ikat Rambut Anda

Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah kita juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin ada pada rambut.

3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika kita membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka. Jika anda tidak mempunyai make up remover, anda disarankan untuk membasuh muka anda sebanyak 2 kali, sekali untuk membersihkan make up - bilas - basuh sekali lagi untuk membuang kotoran yg mendalam. Bersihkanlah bahagian mata terlebih dahulu dan diikuti bahagian bibir.

4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan dapat membersihkan muka kita lebih mendalam.


5. Menggunakan Pencuci Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan kita. Letakkan sedikit air dan gosokkan di telapak tangan hingga berbusa, dan usapkan secara lembut dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit

6. Membilas

Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa pencuci tak terasa lagi di wajah kita. Gunakan air bersih. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang bersih.

7. Gunakan Penyegar
Adalah sangat disarankan menggunakan penyegar setelah mencuci muka. Penyegar berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan penyegar secukupnya ke wajah dengan kapas yang bersih.

8. Lembapkan Kulit

Sapukankan moisturizer setiap habis membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga bahwa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.

*Peringatan!!! cuci wajah bukan seminit! luangkan lebih masa untuk mencuci wajah untuk kesan yg lebih mengagumkan. Kunci penjagaan wajah adalah bermula dari mencuci wajah.

Apakah Itu Glutathione?

Glutathione merupakan tripeptida iaitu 3 protein dalam  1 molekul (cysteine, glutamin acid dan glycin). Glutathione secara alami terdapat dan terhasil dalam tubuh individu. Akan tetapi, seiring dengan lanjutnya usia, semakin berkuranglah kadar Glutathione yang terhasil di dalam badan.
Fungsi Glutathione adalah untuk:

1) Meningkatkan kecerahan warna kulit (memutihkan) dengan baik
2) Melembutkan & menghaluskan tekstur kulit (glowing)
3) Kulit menjadi kenyal & anjal

Tuesday, 11 February 2014

Cerita Lucu: Harta Warisan

Andi adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan wang tunai berjuta-juta ringgit setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia berasa susah hati dan risau bagaimana caranya untuk menyimpan harta dan wang tersebut.

Disimpan di Bank nanti takut bank muflis. Disimpan dibawah katil nanti takut diambil pencuri. Setelah berfikir panjang, akhirnya Andi mendapat idea, dia bercadang hendak menanam wang itu di belakang rumahnya.

Setelah selesai menanam wang tadi Andi telah memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!".

Tanpa diketahui Andi kawannya yang bernama Ucop telah melihat apa yang dilakukan Andi dari mula sehingga sehelai. Setelah lewat tengah malam, Ucop pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. 

Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Ucop pun mengganti tulisan yang ditulis Andi dengan tulisan yang sangat besar iaitu...

"BUKAN UCOP YANG AMBIL!"

Wajah Cantik Berseri Bersama B'Zura Skincare!


1) BB GLUTA - Memutihkan wajah , melindungi kulit wajah dari sinaran UV , melembabkan kulit , meratakan warna kulit , anti penuan , menghilangkan parut dan bintik hitam ,menghilangkan kesan hitam dibawah kelopak mata
2) COLLAGEN NIGHT CREAM - Mencerahkan kulit , melembutkan wajah serta merawat kulit yang rosak ,anti penuaan , menegangkan kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan parut jeragat.
3) FACIAL WASH - Mencerahkan kulit , membuang sel-sel kulit mati , memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah.
4) TONER - Mencerahkan kulit , serta menyegarkan , mengecilkan pori-pori , membuang sel-sel kulit mati , menyeimbangkan pada kulit.

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Mimi: +6012-465 8097
zalamidah@gmail.com